MENGENAI PSS


VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

OBJEKTIF PSS

  • Meningkatkan tahap pembelajaran dan pengajaran serta prestasi pencapaian akademik.
  • Menggalakkan penggunaan pelbagai kemudahan.
  • Menggalakkan tabiat belajar sendiri.
  • Melatih pelajar mengesan maklumat.
  • Membantu guru dan pelajar menghasilkan dan menilai pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran.
  • Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza.

STRATEGI PELAKSANAAN

Ke arah merealisasikan Visi, Kami PSS SMK LKTP Belitong akan :

  • Cemerlang dalam bidang kurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah terpuji.
  • Mewujudkan suasana kondusif di dalam Pusat Sumber dan persekitaran sekolah.
  • Mempraktikkan pengurusan kewangan yang cekap.
  • Menjalinkan persefahaman yang erat dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK LKTP Belitong dengan penuh tekad dan azam beriltizam untuk :

  • Memastikan agar pelajar menerima pendidikan yang bermutu, memupuk minat belajar yang tinggi dan melahirkan insan kamil.
  • Membentuk golongan pelajar yang peka akan perubahan masa dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih kondusif untuk kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar.
  • Melahirkan generasi pelajar yang harmoni, bersatu padu dan taat setia kepada agama, bangsa dan negara serta memastikan wujudnya budaya penyayang.
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah.
  • Bersikap positif terhadap teguran membina demi mempertingkat prestasi pelajar dan pentadbiran sekolah.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi selaras dengan wawasan 2020