nilam

Pelancaran Program Galakan Membaca 2015

Program Galakan Membaca anjuran PSS telah dilancarkan sewaktu Perhimpunan Rasmi sekolah pada hari Ahad 25 Januari 2015. Puan Muzaitul Akmar binti Mohammad selaku guru NILAM telah memperkenalkan Program REEDEM dengan objektif untuk menggalakkan pelajar meminjam buku dari Perpustakaan sekolah dengan sebanyak mungkin dari tarikh 1 Februari hingga 22 Oktober 2015. Melalui program ini setiap peminjaman dua buah buku akan mendapat 1 cop pada kad reedem yang diberikan kepada pelajar yang meminjam dimana nilai 1 cop tersebut bersamaan RM1. Pemegang cop terbanyak sehingga 22 Oktober nanti akan memenangi sebuah telefon bimbit sebagai hadiah utama.

Guru Perpustakaan dan Media Puan Fairuzi binti Rahamat dalam ucapannya menegaskan Program Galakan Membaca dan NILAM adalah bertujuan untuk menanamkan minat membaca di kalangan pelajar, menambah pengalaman melalui pelbagai bahan bacaan dan juga menjadi Rakan Pembaca yang boleh berkongsi buku atau bahan bacaan dengan rakan-rakan lain.

 

Dalam ucapan Pengetua, Puan Roziah binti Tawil mengingat semua pelajar SMK LKTP Belitong bahawa mereka amat bertuah kerana disogokkan dengan pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah demi kemajuan mereka. Seterusnya Puan Pengetua menyampaikan hadiah kepada pelajar dan kakitangan sekolah yang paling banyak membuat pinjaman bahan di Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2014, sebelum membuat pelancaran Program Galakkan Membaca 2015.