_DSC0358

Majlis Persaraan Guru Perpustakaan dan Media

bbbl bbbr

19 Jun 2014- Sebuah majlis persaraan telah diadakan khas untuk mantan Guru Perpustakaan dan Media , Puan Bibi Mariam binti  Mohd Mokhtar yang telah bersara pada 1 Jun 2014 yang lalu. Pada jam 11.00 tengah hari, majlis dimulakan dengan persembahan kompang formasi yang dipimpin oleh cikgu Mustafa Kamal binti Yahya . Majlis  ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Zamri untuk memberkati majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil pelajar , saudara Danial Asyraf dari kelas 5 sains. Seterusnya, Tuan Hj. Zainuddin bin Abu Bakar mewakili pihak pentadbir memberikan ucapan. Dalam ucapannya tersebut, sikap Pn. Bibi Mariam yang membuatkan guru-guru mudah berurusan dengannya serta sikapnya yang mudah menerima teguran dari pihak bawahan menjadikannya lebih mudah didekati. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha Guru Perpustakaan dan Media iaitu Pn. Bibi Mariam telah disentuh .

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pn. Roziah binti Tawil selaku pengetua SMKB . Dalam ucapan beliau, latar belakang keluarga Pn. Bibi Mariam lebih diutamakan. Dalam ucapannya , beliau menyatakan rasa bangga terhadap mendiang bapa kepada Pn. Bibi Mariam iaitu Pak Matlob selaku penulis karya tulisan jawi di Johor.

Untuk menyerikan lagi majlis persaraan tersebut, Pn. Bibi Mariam selaku bekas Guru Perpustakaan dan Media telah diberi peluang untuk memberikan ucapan yang terakhir kalinya . Dalam ucapannya , beliau bersyukur dapat mengajar di SMKB selama lebih 10 tahun . Menurutnya, pelbagai kenangan manis yang telah dilalui oleh beliau semasa berada di SMKB . Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengawas PSS yang telah bekerja bersama-sama beliau semasa di SMKB .

Seterusnya bagi menyerikan lagi majlis persaraan tersebut, para pengawas pss dan kakitangan sekolah serta guru-guru pss telah berbesar hati untuk membuat persembahan bagi meraikan majlis persaraan tersebut .

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada semua warga sekolah khas untuk Pn. Bibi Mariam binti Mohd Mokhtar, mantan Guru Perpustakaan dan Media

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis.