la

Kem Kepimpinan Sekolah 2014

bbbl bbbr

Kem Kepimpinan Pelajar merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap tahun. Kem ini bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dan jati diri dalam diri pelajar. Pada tahun 2014 ini, Kem Kepimpinan Pelajar diadakan pada 4, 5 dan 6 April yang bertempat di SMK LKTP Belitong. En. Mustafa Kamal bin Yahya, merupakan guru penyelaras bagi kem ini.Antara pelajar yang terlibat dalam kem ini ialah pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.

Kem ini dikendalikan oleh guru – guru penyelaras Lembaga Pengawas dan Unit Kaunseling dengan kerjasama seramai 24 pelajar tahun ketiga dari Universiti Kebangsaan Malaysia . Para peserta dibahagikan sama rata kepada 10 kumpulan bagi memudahkan segala aktiviti . Antara kumpulan – kumpulan tersbut ialah Kaito Kid , Thor , Tuah , Kapten Boleh , Marvel Avengers , Power Rangers , Kid Warriors , Kluang Man , MB dan Captain Malaysian .

Bagi mengisi aktiviti-aktiviti dalam kem ini, para guru dan para fasilitator telah mengadakan beberapa program yang menarik seumpama perbincangan dan pembentangan dalam kumpulan. Selain itu, kem ini juga dapat membantu para pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan agar melaksanakan tugas mereka sebagai seorang pemimpin dengan cekap dan bertanggungjawab. Apa yang diharapkan daripada kem yang dijalankan pada tahun ini adalah agar semua pemimpin sekolah dapat melaksanakan tugas mereka dengan ikhlas dan berdedikasi.